Tuesday, 5 April 2011

Bacaan Program Nilam 2011

Salam sejahtera.
Makluman untuk semua murid, penggunaan bilik perpustakaan untuk Program Nilam akan bermula pada minggu depan ( Ahad - 10 April 2011 ). Penggunaan untuk setiap kelas adalah satu kali sahaja seminggu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Buku Program Nilam boleh didapati daripada Guru Penyelaras Perpustakaan Dan Media SK Sura, Pn Shamsiah binti Mohamad dengan harga RM1.50 mulai hari ini.

Monday, 4 April 2011

Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Dungun 2011

Salam sejahtera
Pada 4 April 2011, jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di PKG Seri Dungun, berlangsung majlis Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Dungun 2011.
SK Sura menghantar 3 orang pelajar bagi tujuan tersebut. Mereka ialah :
1. Siti Azni binti Abd Rahman
2. Nur Zahirah Akmar bin Baharom
3. Nurul Asyiqin bin Narudin
Antara aktiviti yang dijalankan dalam majlis tersebut ialah Penulisan dan juga Pidato Spontan Dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Untuk makluman, mereka yang berjaya akan ke Pemilihan NILAM Peringkat Negeri Terengganu pada minggu hadapan.

Bulan Matematik Dan Sains

Salam sejahtera,
Untuk makluman semua guru dan pelajar, pada bulan April 2011, Pusat Sumber Sekolah akan menganjurkan Bulan Matematik dan Sains yang melibatkan semua pelajar SK Sura sesi pagi dan petang. Aktiviti ini adalah kerjasama di antara PSS SK Sura dan Panatia Matematik serta Panatia Sains,
Semoga apa yang dirancang dalam program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi input kepada murid dan sekolah.
Hebahan tentang aktiviti ini akan diberitahu kemudian oleh Guru Penyelaras Pusat Sumber
( Pn Shamsiah binti Mohamad ).Harap pelajar dapat menghebahkan perkara ini kepada rakan-rakan yang lain.

Majlis Pelancaran Program Nilam Dan Watikah Perlantikan Pengawas Sumber 2011



Barisan Pengawas Sumber 2011

 

Barisan Pengawas Sumber Perempuan

                                                       Barisan Pengawas Sumber Lelaki

                                             Guru Penolong Kanan 1 menyampaikan
                                                         watikah Pengawas Sumber


Salam sejahtera
Pada hari Ahad lepas
27 Mac 2011, satu Majlis Pelancaran Program NILAM SK Sura telah diadakan di Dewan Gemilang yang disampaikan oleh Guru Penyelaras Nilam SKS iaitu En Che Rozali bin Che Mat. Sejurus selepas itu satu Watikah Perlantikan Pengawas Sumber
telah dilakukan di tempat yang sama yang melibatkan 75 orang pengawas sumber.
Semoga dengan perlantikan ini, dapat memberi peransang kepada pengawas tersebut untuk lebih gigih menjalankan tugas pada masa-masa akan datang.
Ucapan tahniah dari admin....

Thursday, 31 March 2011

Selamat Datang Ke Pusat Sumber Sekolah SK Sura

Salam sejahtera,
Selamat mengunjungi blog Pusat Sumber Sekolah SK Sura, Dungun. Semoga pihak Pusat Sumber Sekolah dapat berkongsi maklumat dengan anda semua terutamanya pelajar-pelajar SK Sura. Di samping blog PSS SK Sura, anda juga boleh melayari blog rasmi SK Sura iaitu www.sksura.blogspot.com . Kami sentiasa menerima pendapat dan pandangan anda semua dalam membantu PSS sekolah ini ke arah mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.
Terima kasih.