Aktiviti pinjaman bahan perpustakaan ditutup sepanjang minggu peperiksaan kerana minggu ini adalah minggu terakhir penggal. Kaunter hanya dibuka untuk urusan pemulangan buku sahaja.
Semua pengerusi unit perpustakaan, bilik tayangan, bilik bahan bantu mengajar dan Program NILAM dikehendaki mengemaskini rekod;
a) analisa penggunaan bilik (B.Tayangan & Perpustakaan)
b) analisa pinjaman bahan/alatan (Perpustakaan, Bilik BBM)
c) rekod bertugas guru dan pengawas bahagian masing-masing (semua unit)
d) rekod penggunaan bilik/program (Perpustakaan, B.Tayangan & P.NILAM)
Sila serahkan semua buku rekod dan analisa yg telah disemak (t.tangan pengerusi) kepada GPM untuk dimajukan kepada Tn. Guru Besar selewat-lewatnya pada Rabu, 25/5/2011 jam 1200 t/hari.