Monday 3 March 2014

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SUMBER SEKOLAH 2014

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sumber Sekolah telah diadakan di Dewan SK Sura pada 2 Mac 2014. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Koperal Yahaya bin Yaacub dari IPD Polis Daerah Dungun. Seramai 45 orang pengawas sumber terlibat dengan majlis watikah pelantikan ini. Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat. Pihak sekolah mengharapkan pengawas sumber yang telah dilantik supaya dapat menunaikan amanah yang telah diberikan oleh pihak sekolah.









Thursday 28 June 2012

BACAAN DI PUSAT SUMBER

Semua pelajar SK Sura dialu-alukan datang ke Pusat Sumber Sekolah untuk mendapatkan bahan bacaan dan boleh meminjam bahan bacaan tersebut dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Semoga dengan kerjasama yang diberikan membolehkan pihak guru dan murid mendapat manafaat daripada PSS ini.
Terdapat banyak bahan bacaan baru yang boleh didapati selain bahan majalah dan bahan bacaan lain. Semoga PSS memberi banyak kebaikan kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah ini.

Friday 20 May 2011

MAKLUMAN DAN BAHAN-BAHAN BACAAN TERBARU DI PERPUSTAKAAN












Salam sejahtera,
Aktiviti pinjaman bahan perpustakaan ditutup sepanjang minggu peperiksaan kerana minggu ini adalah minggu terakhir penggal. Kaunter hanya dibuka untuk urusan pemulangan buku sahaja.
Semua pengerusi unit perpustakaan, bilik tayangan, bilik bahan bantu mengajar dan Program NILAM dikehendaki mengemaskini rekod;
a)   analisa penggunaan bilik (B.Tayangan & Perpustakaan)
b)   analisa pinjaman bahan/alatan (Perpustakaan, Bilik BBM)
c)   rekod bertugas guru dan pengawas bahagian masing-masing (semua unit)
d)   rekod penggunaan bilik/program (Perpustakaan, B.Tayangan & P.NILAM)
Sila serahkan semua buku rekod dan analisa yg telah disemak (t.tangan pengerusi) kepada GPM untuk dimajukan kepada Tn. Guru Besar selewat-lewatnya pada Rabu, 25/5/2011 jam 1200 t/hari.

Tuesday 26 April 2011

PERTANDINGAN LAGU SAINS DAN SIFIR 2011



Salam sejahtera
            PSS SK Sura berjaya mengadakan satu Pertandingan Lagu Sains dan Sifir Tahap 2 pada petang tadi ( 26 April 2011 - jam 12.45 hingga 2.45 petang ). Lagu Sains telah berjaya dipersembahkan oleh semua peserta terlibat pada petang tadi termasuk lagu sifir Tahun 4 dan 5. Pertandingan lagu sifir Tahun 6 tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan masa dan ditunda pada minggu hadapan ( 3 Mei 2011 ) waktu yang sama.
Pengerusi majlis bagi lagu sifir ialah Cg Dasuki manakala pengerusi majlis bagi lagu Sains ialah Cg Rusmadi. Persaingan adalah begitu sengit di antara para peserta dan ada juga peserta yang menarik diri pada saat-saat akhir. Seramai 8 orang juri di kalangan guru Sains dan Matematik yang mengadili pertandingan tersebut.
Kepada murid-murid dan guru terlibat secara langsung dan tidak langsung, pihak PSS khasnya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Di sini kita berkongsi sedikit foto untuk tatapan bersama.

Monday 18 April 2011

Naib Johan Tokoh Nilam Negeri Terengganu


Salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa peserta SK Sura, Siti Azni binti Abd Rahman yang mewakili daerah Dungun ke Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Terengganu pada 13 dan 14 April 2011 telah mendapat Naib Johan dalam pemilihan tersebut.
Tahniah kepada Adik Azni.

Monday 11 April 2011

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2011

Salam sejahtera,

Untuk makluman semua, Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu 2011, akan diadakan seperti berikut :

Tarikh                           : 13 - 14 April 2011 ( Rabu - Khamis )
Tempat                          : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu
Pendaftaran                   : 2.00 -  2.30 petang ( 13 April 2011 )

Peserta dari SK Sura yang terpilih ke peringkat negeri ini ialah Siti Azni binti Abd Rahman                   ( 6 Gemilang ) dan guru pengiring yang akan mengiringi peserta ini ialah Cikgu Che Rozali bin Che Mat ( Penyelaras Nilam SK Sura ). Semoga berjaya.

Sunday 10 April 2011

PERTANDINGAN LAGU SIFIR SEMPENA BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Salam  sejahtera,
Pada bulan ini pertandingan lagu sifir dan lagu bertema sains akan dijalankan. Ia terbuka kepada semua  kelas yang nak masuk bertanding.Murid boleh membuat persembahan sama ada di dalam kumpulan atau secara solo. Jika tiada halangan, InsyaAllah pertandingan ini akan dijalankan pada 26 April 2011 ( Selasa ) semasa aktiviti Ko-Kurikulum. Jika ada perubahan, pihak PSS akan memaklumkan dari semasa ke semasa.